Thursday 31 March 2016

DIY Bunga Tisu

DIY Bunga Tisu

Hai semua...hari tetiba lak rajin ayu nak berDIY ni..DIY nie membawa maksud Do it Yourself. Ok hari nie ayu nak tunjuk kat korang tutorial menghasilkan bunga tisu. Bunga tisu nie mcm2 boleh guna tau? Hias pelamin, decoration untuk dulang hantaran, bunga telur dan banyak lagi!!!! Bile kite berDIY nie secara tak langsung dapat jimat kan bajet kita. Jom kita berDIY.......!!!!

Bahan-bahan

Tisu
Gunting
Dawai


Cara-Cara

1.) Ambil 2 3 helai tisu dan susun bersama seperti gambar dibawah


2.) Buka Tisu, dan potong lipatan-lipatan tisu tersebut menjadi segi empat sama


Okey, faham setakat nie?? Next

3.) Setelah itu, kumpul tisu tersebut bersama-sama, dan lipat tisu seperti kita nak buat kipas. Macam ni


4.) Bila dh jadi kipas ambil dawai dan ikat dan pintal ditengah tengah tisu tersebut


5.) Selepas itu, buju tisu haruslah dipotong mengikut corak dan citarasa sendiri. Potong serong, bulat dan sebagainya. Potongan ini akan membentuk corak bunga-bunga yang berbeza. So ayu pilih potongan serong mcm nie




6.) Selepas itu, kembang-kembangkan tisu tersebut.


7.) Selepas itu, korang tarik sehelai demi sehelai tisu tersebut ke atas perlahan-lahan ye... nanti terkoyak tisu tu...hehehe..Lakukan sehingga habis helaian tisu tersebut.

Monday 28 March 2016

Pantai Teluk Cempedak

Pertama kali datang ke pantai teluk cempedak ni, seriuosly jatuh cinta dengan pantainya yang bersih dan menyamankan. Kalo korang pergi mesti korang pun akan jatuh cinta. Pantai teluk cempedak nie juga ada mengadakan aktiviti-aktiviti malam, ramai pengunjung yang menghabiskan masa menikmati keindahan pantai di waktu malam. Terdapat juga yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati di sepanjang pantai. Memang meriah lah di Pantai Teluk Cempedak nie..jadi sesiape yang nak ke kuantan jangan terlepas pergi ke Pantai Teluk Cempedak ni... Kita Layan gambar kt bawah :-
















PANTAI BATU HITAM (KUANTAN)

Salah satu pantai yang menarik di kuantan adalah Pantai Batu Hitam. Pantai ni terletak 10km dari bandar Kuantan. Dari tepi jalan korang akan nampak pantai ini. Nak tau tak kenapa pantai ni dipanggil Pantai Batu Hitam??? Sebab pantai ni terdapat tompokan-tompokan  batu hitam ditepi pantainye. Seriously cantik dan pelik!!! so sape yang pergi Kuantan tu rugi tak singgah dipantai ni. Jom kita layan gambar di bawah :-)