Wednesday 25 March 2015









Atasi masalah rambut berbau

Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana akan memberikan impak yang buruk kepada kita. Andai dibiarkan, pelbagai masalah rambut boleh timbul, antaranya rambut berbau.

Tips Hindari Rambut Berbau

1. Pastikan rambut yang basah dilap dengan tuala yang lembut sehingga kering. Elakkan menggosok rambut dengan kasar

2. Bagi yang berhijab, jangan biarkan rambut anda kusut dan tidak terurus. Sikat dan sisir dengan baik ketika di rumah. Secara tidak langsung akan dapat memastikan akar dan rambut dalam keadaan baik.

3. Seelok-eloknya basuh rambut dengan air sejuk. Ia amat berkesan demi mendapat kesegaran kulit kepala.

4. Minum banyak air putih dan hindari minuman berkafein.

5. Bagi penggemar makanan pedas, cuba kurangkan pengambilannya kerana penghasilan peluh akan menjadi banyak sekali gus memudahkan rambut berbau.

6. Cuci rambut setiap hari dan pastikan juga kulit kepala juga dibersihkan. Dapatkan shampoo yang mengandungi anti bakteria.

7. Hindarkan diri dari strees.

PETUA KECANTIKAN


Mahu Betis Yang CANTIK!!!??





Setiap hari atau setidak-tidaknya 2 hari sekali, amalkan menyapu minyak kelapa pada betis. Setelah disapu, biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan. Selain itu, urut betis anda 2 kali seminggu dengan hampas kelapa selama sekurang-kurangnya 10 minit. Jika diamalkan, insyaallah betis anda akan kelihatan cantik, halus dan gebu.

Tuesday 24 March 2015

REVIEW Temuduga kerja PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARKAT S27 (SPA)

<b>z35W7z4v9z8w</b>duniamayaayu@blogspot.com
Pada 11 Mac yang lalu, ayu telah dipanggil temuduga oleh pihak spa jawatan sebagai PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARKAT S27. Rasa gementar sangat saat itu. First time dipanggil temuduga spa setelah 5 tahun ayu memohon di spa8. Akhirnya alhamdulillah dapat juge dipanggil temuduge. Okey...so hari nie ayu nk sharing pengalaman ayu ditemuduge dan soalan yang ditanye oleh panel.

1. Memperkenalkan diri secara ringkas
2. Bagi yang dah bekerja..mungkin panel akan bertanya serba sedikit tentang pekerjaan anda.
3. Maksud/definisi kemiskinan
4. Isu semasa
5. Contoh makanan yang kebiasaannya diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di tempat pemindahan.
6. Cadangkan kepada panel makanan yang baru atau sistem yang baru untuk diberikan kepada mangsa-      mangsa banjir di tempat pemindahan bagi menggantikan makanan dan sistem yang sedia ada.
7. Jika anda diberikan peluang untuk menjadi PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27 apa program baru yang boleh anda cadangkan kepada jabatan anda untuk membantu orang miskin.
8. Apakah sebab utama ada memilih pekerjaan ini. (kadang-kadang panel minta kita jawab dalam english)*ayu jawab dalam english soalan no 8..

so dengan perkongsian ayu nie...ayu harap serba sedikit dapat membantu para pembaca..