Wednesday, 25 March 2015
Atasi masalah rambut berbau
Rambut merupakan mahkota bagi wanita. Ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana akan memberikan impak yang buruk kepada kita. Andai dibiarkan, pelbagai masalah rambut boleh timbul, antaranya rambut berbau.
Tips Hindari Rambut Berbau
1. Pastikan rambut yang basah dilap dengan tuala yang lembut sehingga kering. Elakkan menggosok rambut dengan kasar
2. Bagi yang berhijab, jangan biarkan rambut anda kusut dan tidak terurus. Sikat dan sisir dengan baik ketika di rumah. Secara tidak langsung akan dapat memastikan akar dan rambut dalam keadaan baik.
3. Seelok-eloknya basuh rambut dengan air sejuk. Ia amat berkesan demi mendapat kesegaran kulit kepala.
4. Minum banyak air putih dan hindari minuman berkafein.
5. Bagi penggemar makanan pedas, cuba kurangkan pengambilannya kerana penghasilan peluh akan menjadi banyak sekali gus memudahkan rambut berbau.
6. Cuci rambut setiap hari dan pastikan juga kulit kepala juga dibersihkan. Dapatkan shampoo yang mengandungi anti bakteria.
7. Hindarkan diri dari strees.
Label:
PETUA KECANTIKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment