Wednesday, 21 September 2016

Pengkalan Kubor

Selain Rantau Panjang..ade lagi satu kawasan bebas cukai yg terletak di Kelantan yang dikenali sebagai Pengkalan Kubor... Pengkalan Kubor ni terletak di Tumpat Kelantan. Kawasan bebas cukai ini lebih terkenal dengan barangan pinggan mangkuk seperti jenama Pyrex, Corelle dan sebagainya. Disamping itu juga periuk belanga juga dijual dengan harga yang murah.Coklat-coklat seperti jenama Daim, Kisses dan seangkatannya juga dijual dengan harga yang murah....Pengkalan Kubor nie, amatlah sesuai untuk peminat-peminat pinggan mangkuk diluar sana...Daripada apa yg ayu lihat dan rasa, cewahh..beza Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor nie, Rantau Panjang lebih kepada Pakaian dan manakala Pengkalan Kubor lebih kepada periuk belanga dan pinggan mangkuk. If ayu salah, btolkan lh ye..

Layankan je lh ye gambor kat bawah nie...peace.. :-)













ade juga arked-arked yang menjual pakaian di pengkalan kubor nie..TAPI takde lh banyak sangat dan takde banyak pilihan






Habis daa... Bye


Saturday, 10 September 2016

Mundok Againnnnn...!!!!!

Buat kali keduanye ayu ke mundok lagi...kali nie ayu tangkap pic banyak2 untuk tatapan..pembaca yang singgah di blog ayu...cz entry aritu xde bnyak gambar...ok..untuk entry kali nie..ayu nk story ckit cara-cara nk ke mundok nie...ok firstly korang drive ke Pasir Mas Kelantan...then korang cari signboard ke  Jeram Perdah..atau nk lagi senang boleh lh guna GPS...inilah gunanye..teknologi kn..😊...korang susuri je jalan tersebut.. nnt korang akan jumpa signboard yg tulis 'mundok'...then..boleh lh park dekat situ..dengan bayaran RM 2. Untuk tambang perahu pula adalah RM 1 seorang untuk sehala...ok..jom kita layan gambar..mcm2 adoo...

Tudung


Baju








Basikal



Alat Makeup..segala jenis sabun 



Beg


Telekung



Kain Batik


Seluar jeans lagi...


Beg lagi..


Ikan Laga pn adoo...


Barangan Plastik



Periuk Belanga


Toto..Macam-macam jenama ade..the most popular is Narita..murah beb..lagi murah dari Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor


Jala pn ade


Bunga-bunga Plastik..takdela murah..rasenye harga biase je mcm kt cnie..



Kasut


Baju lagi......


ayu recommend kan kt korang kedai ini kalo korang nk borong toto..kedai nie memg murah..dari kedai yang lain..


Ayu grab satu toto kat sini dengan harga RM 39 jer...murah kn? 





Haa...ape tggu lagi?? Selamat bershopping...




Wednesday, 7 September 2016

Kellie's Castle

Sejarah Kellie's Castle

Hari ini kite nak berkongsi sikit sejarah Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak sempena JOM MELAWAT PERAK 2017 nanti. Jom layan........



   Bangunan Istana Kellie telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama Wiliam Kellie Smith sebagai tanda kasih sayang terhadap isterinya. Beliau dilahirkan di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia 20 tahun. Bangunan 3 tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India kerana beliau terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India. Tukang-tukang binaan serta batu-bata dan seramik bangunan dibawa khas dari India. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah. Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan alam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk dan saiznya. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangunkan sebuah lapangan tenis dalaman dan pada tingkat tertinggi, tersapt halaman untuk bersantai. Halaman ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana banyak tragedi yang berlaku ketika proses pembinaannya dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil. Kellie Smith pula meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 dan isterinya menjual semua perkongsian dalam syarikat serta ladang-ladang di Tanah Melayu membuatkan projek binaan bangunan ini terbengkalai. Bangunan yang kekal dalam keadaan "sedang dibina" telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk memudahkan pelawat ke Istana Kellie. Istana Kellie juga sering menjadi lokasi pengambaran drama dan filem.

Masa untuk melawat Kellie Castle ini ialah :-
9.00 Pagi sehingga 6.00 Petang shj

Bayaran masuk
RM5.00   (Warganegara)
RM10.00 ( Warga Asing)



Keindahan luaran Kellie Caste







Keindahan senibina dalaman Kellie`s Castle









Sekian........ape lagi moh kite ke PERAK.. :-)