Wednesday 7 September 2016

Kellie's Castle

Sejarah Kellie's Castle

Hari ini kite nak berkongsi sikit sejarah Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak sempena JOM MELAWAT PERAK 2017 nanti. Jom layan........



   Bangunan Istana Kellie telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama Wiliam Kellie Smith sebagai tanda kasih sayang terhadap isterinya. Beliau dilahirkan di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia 20 tahun. Bangunan 3 tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India kerana beliau terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India. Tukang-tukang binaan serta batu-bata dan seramik bangunan dibawa khas dari India. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah. Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan alam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk dan saiznya. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangunkan sebuah lapangan tenis dalaman dan pada tingkat tertinggi, tersapt halaman untuk bersantai. Halaman ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana banyak tragedi yang berlaku ketika proses pembinaannya dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil. Kellie Smith pula meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 dan isterinya menjual semua perkongsian dalam syarikat serta ladang-ladang di Tanah Melayu membuatkan projek binaan bangunan ini terbengkalai. Bangunan yang kekal dalam keadaan "sedang dibina" telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk memudahkan pelawat ke Istana Kellie. Istana Kellie juga sering menjadi lokasi pengambaran drama dan filem.

Masa untuk melawat Kellie Castle ini ialah :-
9.00 Pagi sehingga 6.00 Petang shj

Bayaran masuk
RM5.00   (Warganegara)
RM10.00 ( Warga Asing)



Keindahan luaran Kellie Caste







Keindahan senibina dalaman Kellie`s Castle









Sekian........ape lagi moh kite ke PERAK.. :-)

No comments:

Post a Comment