Monday, 29 February 2016

Ujian Bertulis Separa Perubatan

Ujian Bertulis Separa Perubatan

Ujian Bertulis Separa Perubatan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-

Pengetahuan Am

Ujian ini mengandungi 100 soalan kalo xsilap ayu dan semuanya adalah objektif, dan anda perlu menjawab dalam masa 40 minit sahaja.
Soalan Pengetahuan Am ini merangkumi soalan-soalan sains, seperti jenis darah, ozon dan sebagainya. Kebiasaanya, soalan sains ini banyak kepada sukatan pelajaran korang masa tingkatan 4, so korang boleh lah study balik buku sains tingkatan 4. Selain itu juga soalan-soalan mengenai pentadbiran malaysia juga ada juga yang ditanya. Seterusnya, korang juga, rajin-rajinkan lh diri pergi ke website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tengok motto, dan visi kementerian tersebut. Yelah kan, nama pun separa perubatan of course lh akan ditanya serba sedikit mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia dan korang juga akan bekerja di Kementerian tersebut selepas habis belajar nanti.

Ujian Psikometrik

Ujian ini mengandungi 100 soalan dan semuanya adalah objektif dan korang kena menjawab dalam masa 30 minit sahaja.
Ujian ini sebenarnya untuk menguji sejauh mana minat korang terhadap sains. Kebiasaanya soalannya hampir sama dan berulang-ulang, so korang dinasihatkan supaya berhati-hati bila menjawab soalan ini. Soalannya contoh seperti ini :-

Soalan 1

Adakah anda minat kepada sains = Ya

Soalan10

Adakah anda minat melakukan eksperimen = Ya

Contoh seperti soalan dibawah kalo korang jawab mana-mana soalan tidak, automatik nampak macam korang tak tetap pendirian. So untuk yang terbaik, kalo korang nak kan lulus ujian ini, semua soalan sains korang jawab YA sahaja. Korang kena tunjukkan yang minat korang lebih kepada sains bukan pada sastera ye..

Semoga Perkongsian kali ini membantu korang semua
Good Luck :-)


KEK COKLAT MUDAH

Resipi Kek Coklat Mudah dan Lazat...!!!!!



Bahan-Bahan

1.Tepung 1 Cawan                             
2.Serbuk Koko 1/4 Cawan
3.Serbuk Penaik 1 sudu kecil
4.Serbuk Bicarbonat 1 sudu kecil        *1-4 perlu diayak terlebih dahulu
5.Gula 1/4 Cawan
6.Susu 1/4 Cawan
7.Air sejuk setengah cawan dibancuh dengan 1 sudu kecil nescafe
8.Mentega/Butter 1/4 Cawan
9.Telur 2biji

Cara-Cara
 Putar gula bersama mentega sehingga kembang kemudian masukkan telur satu persatu. Seterusnya masuk bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis bahan tersebut. Selepas itu masukkan susu dan air sejuk. Putar sehingga sebati. Selepas itu boleh lah dibakar selama 45 minit.

Topping yang lazat..nyum nyum

Susu 1/2 tin
Mentega 1 sudu besar
Serbuk koko secukup rasa..

Cara

Gunakan cara double boil..dan masukkan kesemua bahan tersebut, kacau sehingga likat. Selepas itu tutup api biarkan sejuk seketika dan boleh lah di curahkan ke atas kek tadi...

Semoga berjaya ye....:-)

Tuesday, 23 February 2016

Mundok Aku Datang.....!!!!!!!!!!

Mundok

Dah Lame teringin nak pergi mundok nie...akhirnyaaaaa kali ni ayu berjaya jugak ke mundok nie pada cuti raya cina yang lepas.. yeahh.. puas rasenya.. TAPI masa ayu pergi tu kedai banyak tutup sebab ayu pergi hari Selasa. Kebiasaanya pasar di mundok nie buka pada Isnin Jumaat dan Sabtu. Masa ni memang ramai peniaga yang berniaga. Cara-cara nak ke Mundok nie, korang drive ke pasir mas, then cari Kampung Jeram Perdah nanti korang akan jumpa signboard KE MUNDOK mcm nie


Boleh parking kereta disini. Kalo datang hari Isnin, Jumaat dan Sabtu kena datang awal sebab nanti tempat parking takde..Ke mundok ni yang specialnya kita tak perlu menggunakan passport untuk ke sempadan Thailand.



Untuk ke seberang ke pasar mundok kita menaiki perahu dengan bayaran RM 1 sajo...

Barang-barang dijual dengan harga yang murah dan sangat berpatutan..Antara barang yang dijual di mundok ini :- 
Baju


Toto 

Toto kita boleh dapatkan dengan harga RM60 ke bawah sekali dengan set cadar. Contoh toto yang ayu beli cuma RM 48 jer...


Key Chain


Tudung


Seluar Jeans 2 Helai Rm 60

Buahan-Buahan dan banyak lagi...moh le kite ke mundok lagi..hehe...rugi tak pergi..




OK sekian....Byeee




Tempat Menarik Di Terengganu

Pada cuti raya cina yang lepas, ke terengganu lah ayu...jalan-jalan sambil hilangkan stress dan tinggalkan kerja yang berlambak2 di office tu... Antara tempat menarik di terengganu..hihi..kite scroll lh yek..gambar di bawah... Yang nie semua dekat Kuala Terengganu..

Masjid Kristal

Pasar Payang
Pasar payang ni menjual barang-barang basah dan juga pakaian. so kalo korang nak cari baju kelawar kain batik, makanan kering, makanan basah boleh lah g sini. Rugi kalo tak pergi.. mcm2 ade...

Haa.. yang ni pulak kat China Town.
China Town nie dekat je dengan Pasar Payang so kalo korang pergi ke Pasar Payang jangan lupa ke china Town jgk ye.









Kuala Besut

Pantai Keluang








DIY DULANG KAYU

Diy dulang kayu

Bahan

Kayu Inci (Beli dekat hardware je)

Paku
Pensil
Pembaris
Engsel
Varnish

Cara

Potong kayu tadi mengikut panjang yang diinginkn..
Sebagai contoh yang ayu buat panjang 30cm dan lebarnye 26cm..



Seterusnya kayu yang telah dipotong tersebut, boleh lah anda pakukan menjadi segi empat. Macam gambar kat bawah nie :-)


Lepas tu, korang boleh ambil mounting board dan paku pada kayu segiempat di atas.


Okey...kan dah jadi dulang..so mase untuk tambah kaki sahaja...dan syelek...

Macam dulang ayu..ayu wt style mcm kotak harta karun..
Ayu tambahkan engsel dan cantumkan dulang 1 dan dulang mcm gambar di bawah..


Tadaa...so inilah hasil dulang ayu.... semoga berjaya :-)