Ujian Bertulis Separa Perubatan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-
Pengetahuan Am
Ujian ini mengandungi 100 soalan kalo xsilap ayu dan semuanya adalah objektif, dan anda perlu menjawab dalam masa 40 minit sahaja.
Soalan Pengetahuan Am ini merangkumi soalan-soalan sains, seperti jenis darah, ozon dan sebagainya. Kebiasaanya, soalan sains ini banyak kepada sukatan pelajaran korang masa tingkatan 4, so korang boleh lah study balik buku sains tingkatan 4. Selain itu juga soalan-soalan mengenai pentadbiran malaysia juga ada juga yang ditanya. Seterusnya, korang juga, rajin-rajinkan lh diri pergi ke website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tengok motto, dan visi kementerian tersebut. Yelah kan, nama pun separa perubatan of course lh akan ditanya serba sedikit mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia dan korang juga akan bekerja di Kementerian tersebut selepas habis belajar nanti.
Ujian Psikometrik
Ujian ini mengandungi 100 soalan dan semuanya adalah objektif dan korang kena menjawab dalam masa 30 minit sahaja.
Ujian ini sebenarnya untuk menguji sejauh mana minat korang terhadap sains. Kebiasaanya soalannya hampir sama dan berulang-ulang, so korang dinasihatkan supaya berhati-hati bila menjawab soalan ini. Soalannya contoh seperti ini :-
Soalan 1
Adakah anda minat kepada sains = Ya
Soalan10
Adakah anda minat melakukan eksperimen = Ya
Contoh seperti soalan dibawah kalo korang jawab mana-mana soalan tidak, automatik nampak macam korang tak tetap pendirian. So untuk yang terbaik, kalo korang nak kan lulus ujian ini, semua soalan sains korang jawab YA sahaja. Korang kena tunjukkan yang minat korang lebih kepada sains bukan pada sastera ye..
Semoga Perkongsian kali ini membantu korang semua
Good Luck :-)
No comments:
Post a Comment