Monday 29 February 2016

KEK COKLAT MUDAH

Resipi Kek Coklat Mudah dan Lazat...!!!!!



Bahan-Bahan

1.Tepung 1 Cawan                             
2.Serbuk Koko 1/4 Cawan
3.Serbuk Penaik 1 sudu kecil
4.Serbuk Bicarbonat 1 sudu kecil        *1-4 perlu diayak terlebih dahulu
5.Gula 1/4 Cawan
6.Susu 1/4 Cawan
7.Air sejuk setengah cawan dibancuh dengan 1 sudu kecil nescafe
8.Mentega/Butter 1/4 Cawan
9.Telur 2biji

Cara-Cara
 Putar gula bersama mentega sehingga kembang kemudian masukkan telur satu persatu. Seterusnya masuk bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis bahan tersebut. Selepas itu masukkan susu dan air sejuk. Putar sehingga sebati. Selepas itu boleh lah dibakar selama 45 minit.

Topping yang lazat..nyum nyum

Susu 1/2 tin
Mentega 1 sudu besar
Serbuk koko secukup rasa..

Cara

Gunakan cara double boil..dan masukkan kesemua bahan tersebut, kacau sehingga likat. Selepas itu tutup api biarkan sejuk seketika dan boleh lah di curahkan ke atas kek tadi...

Semoga berjaya ye....:-)

No comments:

Post a Comment